BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendidikan Kekal Jadi Keutamaan Dalam Agenda Pembangunan Malaysia - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
5efb26201a8be514626d1b0799fca93669845824ea6d5

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Perasmian Forum Ekonomi Malaysia 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pendidikan kekal sebagai penyamarataan paling utama dalam agenda pembangunan Malaysia, dengan kerajaan memperuntukkan lebih RM84 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi memperkukuh reformasi pendidikan dan latihan.

Perdana Menteri berkata peruntukan itu bukan sahaja melibatkan komitmen kewangan, tetapi juga tekad untuk melaksanakan reformasi pendidikan dan latihan yang menggalakkan fleksibiliti, mobiliti dan pembelajaran sepanjang hayat, selaras dengan perubahan keperluan pasaran tenaga kerja.

“Reformasi ini memberi respons kepada pasaran pekerjaan yang sedang melalui fasa peralihan, di mana kemahiran perlu sentiasa diperbaharui, kerjaya berkembang dan pekerja memerlukan sokongan di pelbagai peringkat kehidupan.

“Pendidikan hari ini mesti melengkapkan rakyat Malaysia bukan sahaja dengan ilmu pengetahuan, tetapi juga keupayaan menyesuaikan diri, daya tahan, serta keyakinan untuk mengharungi perubahan,” katanya dalam ucaptama pada Forum Ekonomi Malaysia 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Berita lanjut menyusul...

 
Back
Top
Log in Register