combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga,kanan) bergambar selepas Majlis Peluncuran Pembangunan Prasarana Awam Semenyih di Jalan Sungai Pening hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Peningkatan mutu pendidikan perlu menjadi keutamaan semua pihak dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan lebih berdaya saing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata kemajuan sesebuah negara mustahil untuk dicapai tanpa asas pendidikan yang kukuh merangkumi penguasaan bahasa, matematik, sains serta keupayaan untuk mengadaptasi dengan teknologi baharu.
“Kualiti pendidikan, itu menjadi cabaran kita yang terbesar. Negara ini, kalau mahu angkat martabat, mahu maju, mutu pendidikan mesti diperbaiki, mesti baik penguasaan bahasanya (bahasa Melayu), bahasa Inggeris, bahasa Cina atau bahasa Tamil, mesti baik.
“Fahaman tentang matematik dan sainsnya, mesti baik dari segi kecerdasan buatan (AI) dan teknologi baharu. Ini yang patut menjadi matlamat kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pembangunan Prasarana Awam Semenyih di sini hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Tingkatkan Mutu Pendidikan Jadi Keutamaan, Angkat Martabat Malaysia - PM Anwar
Anwar Ibrahim, pendidikan, martabat, daya saing, M