BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Utus Surat Kepada Xi Jinping, Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun Parti Pemerintah China

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,124
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,124
Reaction score
346
Points
141

Anwar Utus Surat Kepada Xi Jinping, Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun Parti Pemerintah China​

f5382c43e0ab6b2c1d980fca5d517af76a462adfde6df

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Presiden China Xi Jinping (kanan) - Gambar fail

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan tahniah kepada Kerajaan China sempena ulang tahun ke-105 parti pemerintah negara berkenaan.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau telah mengutus surat kepada Presiden China Xi Jinping, bagi menyampaikan ucapan tahniah daripada kerajaan dan rakyat Malaysia itu.

Perdana Menteri berkata beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap perjalanan panjang parti pemerintah China yang telah membentuk kemajuan negara itu berteraskan kekuatan tamadun, sejarah dan nilai-nilai yang diwarisi sejak sekian lama.

“Saya juga mengimbau keputusan bersejarah Malaysia pada 31 Mei 1974 sebagai negara bukan sosialis pertama di Asia Tenggara yang mengiktiraf Republik Rakyat China.

“Keputusan yang dibuat dengan penuh kebijaksanaan dan pandangan jauh itu terus menjadi asas kukuh kepada hubungan erat yang telah diperkukuh selama lebih lima dekad,” kata Anwar.

Beliau juga mengulangi komitmen Malaysia untuk terus memperdalam kerjasama strategik dengan China berlandaskan rasa hormat, kepercayaan dan manfaat yang dikongsi demi keamanan, kestabilan serta kemakmuran serantau.

 
Back
Top
Log in Register