BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Xi Ucap Tahniah Kepada Fao Sempena Ulang Tahun Ke-80

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,134
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,134
Reaction score
346
Points
141
0a985720f28940b0f2567c62cf04282868f1f670e24b7

Gambar kredit CMG

Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan tahniah kepada Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) sempena ulang tahun ke-80, pada Khamis.

Xi dalam surat tahniahnya berkata FAO memainkan peranan signifikan dalam usaha menjamin keselamatan makanan dunia, memajukan pembangunan luar bandar dan transformasi sistem makanan, serta meningkatkan taraf hidup rakyat di pelbagai negara.

Beliau turut menekankan bahawa kerajaan China amat mengutamakan keterjaminan makanan, memberikan jaminan makanan kepada lebih 1.4 bilion rakyat bersandarkan keupayaan kendiri, di samping menghulurkan bantuan semampu boleh kepada negara-negara lain, menyumbangkan kekuatan China dalam menjamin keselamatan makanan dunia.

Menurut Xi, pihak China akan terus menyokong FAO untuk memainkan peranan penting dalam bidang pertanian dan makanan di peringkat global, bersedia untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dalam melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global, mendorong Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selain itu, menurut Xi, China akan memacu pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan, demi memberikan sumbangan lebih besar kepada peningkatan kesejahteraan rakyat di pelbagai negara," kata  beliau.

FAO ditubuhkan pada 16 Oktober 1945, dan China merupakan satu daripada negara pengasas pertubuhan itu.

 
Back
Top
Log in Register