combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,128
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,128
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Fahmi Ucap Selamat Ulang Tahun Kepada Anwar
Kredit: FB - Fahmi Fadzil
Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil hari ini menzahirkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi catatan di Facebook, Fahmi mendoakan agar Anwar sentiasa dikurniakan kesihatan, keafiatan, kekuatan dan kebijaksanaan untuk terus memimpin serta membawa Malaysia ke arah kejayaan dan masa depan yang lebih baik.
“Moga segala usaha dan khidmat bakti untuk rakyat dan negara terus dipermudah serta diberkati Allah SWT. Happy Birthday, boss!,” katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang menyambut ulang tahun kelahiran ke-79 hari ini.
Loading…
www.bernama.com