BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-70 Kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,133
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,133
Reaction score
346
Points
141

PM Anwar Ucap Selamat Ulang Tahun Ke-70 Kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka​

c7e3224b39f256eedc98d5816bb32ff66a392fa7233a4

Kredit: Laman Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat ulang tahun ke-70 kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Beliau berkata perjuangan DBP yang menginjak usia tujuh dekad terbina atas keringat, keberanian dan kesetiaan generasi terdahulu dalam membenteng jati diri nusa bangsa Malaysia.

“Semoga restu jiwa pahlawan terus bersemayam dalam sanubari seluruh sahabat bahasa dan warga institusi keramat DBP, lantas membugar semangat juang kita untuk terus memartabatkan bahasa, sastera dan budaya bangsa.

“Selamat ulang tahun ke-70 Dewan Bahasa dan Pustaka,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.

Sambutan ulang tahun ke-70 DBP tahun ini mengangkat tema “Restu Jiwa Pahlawan”.

 
Back
Top
Log in Register