BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Nur Jazlan Dilantik Semula Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Nur Jazlan Dilantik Semula Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara​

ef8265139c724ad1bcffec1a4dcc5edb6a434414a0655

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Senator Datuk Nur Jazlan Mohamed atas pelantikan semula sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara bagi penggal kedua.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Nur Jazlan dan Musoddak Ahmad atas pelantikan semula sebagai Ahli Dewan Negara.

“Saya ingin memulakan dengan mengucapkan tahniah kepada Timbalan Yang Dipertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negara yang baharu dilantik dan yang disambung perkhidmatan,” kata beliau sebelum memulakan sesi soal jawab lisan di Dewan Negara.

Terdahulu, Nur Jazlan dan Musoddak mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.

Pada masa sama, Anwar turut berseloroh bahawa beliau merupakan penyokong tegar Sepanyol, yang muncul juara Piala Dunia 2026 selepas menewaskan juara bertahan Argentina 1-0.

“Saya juga penyokong tegar Sepanyol,” kata beliau.

Sepanyol menjulang trofi Piala Dunia buat kali kedua menerusi jaringan Ferran Torres pada minit ke-106 dalam aksi final di Stadium MetLife, East Rutherford, New York.

Argentina terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Enzo Fernandez dilayangkan kad merah.

 
Back
Top
Log in Register