BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Rafak Sembah Tahniah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

PM Anwar Rafak Sembah Tahniah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong​

411dd90ad0bb8ef6769947b91036e69f6a1ce4274c16b


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau bagi pihak Kerajaan MADANI dan seluruh rakyat, mendoakan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat diraja dikurniakan keafiatan berpanjangan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

“Semoga (Seri Paduka) Baginda Tuanku kekal qarar memayungi negara dengan adil dan saksama, serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini.

“Patik dan sekalian rakyat akan terus menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan. Dirgahayu Tuanku,” kata Anwar.

 
Back
Top
Log in Register