BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Rafak Sembah Tahniah Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
5f2a6251359ec3449d036e9977ee92b569c0bfeebab39

Kredit : FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut menitipkan doa agar Sultan Ibrahim yang juga Yang di-Pertuan Agong dan seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

"Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, Yang di-Pertuan Agong pada 23 Mac 2026 bersamaan 3 Syawal 1447 Hijrah.

"Allah Peliharakan Sultan," kata Anwar.

 
Back
Top
Log in Register