Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Kredit :FB Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menzahirkan ucapan itu bagi pihak ahli keluarga, petugas di Pejabat Timbalan Perdana Menteri serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, selain seluruh kepimpinan dan ahli UMNO.
“Menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, Yang di-Pertuan Agong.
“Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor pada 23 Mac 2026 bersamaan 3 Syawal 1447 Hijrah,” katanya.
Ahmad Zahid Rafak Sembah Tahniah Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor
Ahmad Zahid, Hari Keputeraan Rasmi, Sultan Johor