combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
MyMersing Digital Himpun Urusan Cukai, Lesen Dalam Satu Aplikasi
MyMersing Digital
Majlis Daerah Mersing (MDM) melancarkan super app MyMersing Digital yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan pihak berkuasa tempatan dalam satu ekosistem digital yang lebih holistik, efisien dan mesra rakyat, semalam.
Yang Dipertua MDM Abdul Karim Bakar berkata menerusi aplikasi itu, pengguna boleh mengakses pelbagai perkhidmatan termasuk urusan pelesenan, cukai taksiran, pelancongan, pengurusan tong sampah, sewaan aset dan tempahan kemudahan serta membuat pembayaran secara digital dan mendapatkan bantuan pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI).
“MyMersing Digital menghubungkan rakyat, perkhidmatan dan teknologi dalam satu ekosistem bersepadu, sekali gus memperkukuh agenda transformasi digital dan memacu pembangunan bandar pintar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata aplikasi berkenaan dibangunkan oleh Presgo iData di bawah Presgo Gateways Sdn Bhd, sebuah syarikat teknologi berstatus Malaysia Digital (MD).
Pelancaran aplikasi itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor Hasrunizah Hassan sempena Malam Ambang Merdeka, Mersing Merdeka Fest 2026 di Dataran Monumen di sini, malam tadi.
Beliau berkata inisiatif itu turut mencerminkan komitmen MDM dalam menyokong aspirasi Malaysia untuk mencapai Negara Pintar menjelang 2040, selaras dengan peranan strategik PLANMalaysia dalam memperkukuh dan memacu agenda bandar pintar yang lebih mampan serta berdaya huni.
– BERNAMA