BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Satu Klik, Satu Risiko : Sejauh Mana Transaksi Zakat Digital Selamat?

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Satu Klik, Satu Risiko : Sejauh Mana Transaksi Zakat Digital Selamat?​

c5b2530685d2098b9eca63e41bbdab296a7ede3113647

Pensyarah Pusat Kajian Keselamatan Siber, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Masnizah Mohd

Pada era digital ini, boleh dikatakan hampir segala urusan dapat diselesaikan di hujung jari, termasuk kewajipan menunaikan zakat yang merupakan rukun Islam ketiga.

Melalui saluran digital, pembayaran zakat boleh dilakukan dengan pantas tanpa perlu hadir ke pejabat pusat pungutan zakat, sekali gus menjimatkan masa dan kos.

Di Wilayah Persekutuan, Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) menyediakan pelbagai saluran pembayaran digital, termasuk Portal PPZ-MAIWP, Kaunter Zakat Digital (KZD), perbankan internet, e-Wallet, portal dalam talian, e-Mandate dan autodebit.

Meskipun kepelbagaian saluran itu memberikan lebih banyak pilihan kepada pembayar untuk menunaikan kewajipan, aspek keselamatan perlu diberi perhatian seiring dengan peningkatan penggunaan transaksi digital.

Apabila urusan pembayaran semakin mudah dilakukan melalui telefon pintar dan platform dalam talian, apakah risiko yang mungkin dihadapi pembayar dan sejauh mana mereka mampu memastikan transaksi yang dilakukan benar-benar selamat?

Pengguna bukan sahaja perlu memastikan jumlah bayaran yang dimasukkan tepat, malah perlu memastikan mereka menggunakan saluran pembayaran yang sah dan bukannya pautan atau laman sesawang palsu serta kod QR yang telah dimanipulasi.

 
Back
Top
Log in Register