BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Mangsa Kepala Air Di Sungai Sedim Dihanyutkan Sejauh Satu Kilometer

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Tiga Mangsa Kepala Air Di Sungai Sedim Dihanyutkan Sejauh Satu Kilometer​

ecc9b97cbf014b54f8da000664ea73b56a5a400ec9578

e80e7404734100bb297c6434870a4b906a5a401796222

6533aa940ddc780a7d0d47f32cfa47816a5a40217bcc0


Tiga mangsa lemas dalam kejadian fenomena kepala air di Sungai Sedim di sini petang tadi dihanyutkan sejauh satu kilometer sebelum mayat mereka ditemukan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohammad Haiqal Izwan Nasir berkata kesemua mangsa sebelum itu dipercayai berkelah dan mandi di kawasan Tree Top Walk di kaki Gunung Bintang.

Beliau berkata kejadian kepala air kemudian berlaku tanpa disedari dan menyebabkan mangsa yang terlibat dihanyutkan arus deras sebelum lemas.

“Mangsa pertama, iaitu kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan kira-kira satu kilometer dari tempat dia dipercayai berkelah.

“Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dan mangsa ketiga, iaitu wanita berusia 28 tahun ditemukan kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa pertama,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohammad Haiqal Izwan berkata ketiga-tiga mangsa dibawa ke tebing sungai oleh orang awam sebelum ketibaan anggota bomba.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada ketika melakukan sebarang aktiviti di kawasan sungai serta peka terhadap keadaan cuaca.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Sedim Abd Padhil Ghani, 64, berkata lokasi berkenaan sering menjadi tumpuan pengunjung untuk berkelah dan mandi-manda, terutama pada hujung minggu.

“Saya terkejut apabila tahu ada kejadian kepala air dan ada mangsa terlibat. Seorang kawan saya melihat seorang daripada mangsa dalam keadaan terapung di sungai tetapi dia tidak dapat menyelamatkannya kerana arus deras,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register