combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Fenomena Kepala Air: Identiti Tiga Mangsa Maut Dikenal Pasti
Kredit: Bomba
Identiti tiga mangsa yang maut selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian fenomena kepala air di Taman Eko Rimba Sungai Sedim, dekat Kulim hari ini telah dikenal pasti.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohammad Haiqal Izwan Nasir berkata mangsa yang maut adalah Muhammad Aariz Danial Md Radzi, 3; Muhammad Uzair Ahmadi Hussain, 12 dan Nur Atikah Abdullah, 28.
“Kesemua mangsa telah dibawa naik ke tebing sungai. Seorang daripada kanak-kanak lelaki itu telah diberikan bantuan awal melalui kaedah resusitasi kardiopulmonari (CPR) sebelum ketibaan pasukan perubatan.
“Bagaimanapun, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM). Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata selepas melakukan pemantauan secara menyeluruh, disahkan hanya tiga mangsa yang terlibat dalam kejadian itu dan operasi tamat sepenuhnya pada 5.04 petang.