combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Identiti Penunggang Motosikal Rentung Di LPT2 Dikenal Pasti
Kredit: JBPM
Penunggang motosikal yang rentung selepas kenderaan ditungganginya terbakar akibat merempuh sebuah lori di Kilometer 357, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Kuala Terengganu-Kuantan dekat Bukit Besi, di sini pagi tadi dikenal pasti sebagai seorang guru di Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu.
Ketua Polis Dungun Supt Nik Ab Halim Nik Mat berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Fahimi Yaacob berusia 41 tahun dari Kampung Jerong Surau, Marang.
"Hasil siasatan mendapati kemalangan itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur atas urusan kerja," katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu Bernama melaporkan seorang penunggang motosikal yang belum dikenal pasti identitinya rentung apabila kenderaan ditungganginya terbakar selepas melanggar sebuah lori.
Siasatan awal mendapati lori terbabit terbabas ke bahu jalan sebelum motosikal jenis Zontes datang dari arah belakang lalu melanggar lori tersebut.
Nik Ab Halim berkata pemandu lori Mohd Syaiful Rahim, 37, dari Pekan, Pahang tidak mengalami kecederaan.