BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Identiti Mangsa Rentung Dalam Kereta Terbakar Di Tol Jitra Dikenal Pasti

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
92c0c5776154cfca32c5c536130e5cc0696e3b89518fc

Kredit : Bomba

Identiti dua individu yang rentung di dalam kereta terbakar akibat kemalangan di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat sini awal pagi tadi dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Radzi Abdul Rahim berkata pemandu dikenali sebagai Pang Seng Chin, 20, dari Jalan Padang Telela Pauh, Arau, Perlis manakala penumpang Tan Hui Shan, 19, beralamat di Jalan Bukit Dumbar, Jelutong, Pulau Pinang.

Beliau berkata siasatan lanjut pihaknya mendapati Pang adalah seorang peniaga manakala Tan pula tidak bekerja.

“Bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah mendapati lelaki itu meninggal dunia disebabkan kecederaan pada bahagian dada manakala mangsa wanita maut akibat penyedutan asap kebakaran, selain kedua-duanya melecur teruk susulan kemalangan itu.

“Kedua-dua mangsa didapati maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Radzi berkata dalam kejadian pada 1.15 pagi tadi, kenderaan Honda Civic dinaiki mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar pembahagi lorong tol menyebabkan ia terbalik dan terbakar.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 
Back
Top
Log in Register