BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Individu Rentung Dalam Kereta Terbakar Di Tol Jitra

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,702
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,702
Reaction score
97
Points
80
91c84bbbc7a632b5b50bf94eca061e0d5e3a3b4b4e4df


Dua individu ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Plaza Tol Jitra, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, dekat sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah Penguasa Kanan Bomba I Azhar Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.05 pagi sebelum sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jitra digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta Honda Civic FD terbakar kira-kira 85 peratus, dengan dua mangsa rentung dipercayai seorang lelaki dan seorang perempuan berada di dalam kereta berkenaan.

“Operasi pemadaman turut dibantu lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Seberang Nyonya. Api berjaya dikawal sepenuhnya pada 1.23 pagi dan kerja pemotongan kenderaan dilakukan bagi mengeluarkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 4.15 pagi.

 
Back
Top
Log in Register