combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,146
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,146
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Jenazah Dua Mangsa Kepala Air Disemadi Dalam Satu Liang Lahad
Ahli keluarga menghadiri pengebumian jenazah Nur Atikah Abdullah, 28, dan sepupunya Muhammad Aariz Daniel, 3, yang terkorban dalam kejadian fenomena kepala air di Sungai Sedim, Kulim, pada 17 Julai, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palas, Kangar.
Kedua-dua jenazah selamat dikebumikan dalam satu liang pada kira-kira 5.30 petang.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Jenazah dua daripada tiga mangsa yang terkorban dalam kejadian fenomena kepala air di Sungai Sedim, Kulim, semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palas, di sini petang ini.
Jenazah Nur Atikah Abdullah, 28, dan sepupunya, Muhammad Aariz Daniel Md Radzi, 3, selesai dikebumikan kira-kira 5.30 petang.
Terdahulu, jenazah wanita dan kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Surau Kampung Palas dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar selepas selesai proses bedah siasat.
Jenazah kemudian disolatkan di surau berkenaan dengan disertai kira-kira 200 jemaah terdiri daripada penduduk setempat serta ahli keluarga mangsa.
Sementara itu, adik Nur Atikah, Nur Afizul, 21, berkata sebelum kejadian, kakaknya bersama 15 ahli keluarga yang lain mandi-manda dan berkelah di kawasan rekreasi itu.
Nur Afizul berkata dia kemudian menunggang motosikal ke bahagian hulu sungai untuk mencari kawasan yang lebih dalam untuk mandi.
“Semasa dalam perjalanan, saya nampak kepala air datang dan terus berpatah balik kerana berasa tidak sedap hati namun sebaik tiba di lokasi, keadaan sudah kelam-kabut.
“Saya nampak kakak sedang bergelut dalam arus sambil memegang sepupu kami (Muhammad Aariz Daniel). Saya terus masuk ke dalam sungai dan memegang kakak, tetapi arus terlalu deras menyebabkan pegangan saya terlepas,” katanya.
Nur Afizul berkata kejadian itu berlaku terlalu pantas sebelum kakaknya hilang dari pandangannya.
Loading…
www.bernama.com