BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SATU Terima 134 Laporan Kecurian Meter Air Dalam Dua Hari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

SATU Terima 134 Laporan Kecurian Meter Air Dalam Dua Hari​

1a6de53291266d98e68fb22b3d8b052c68d3cc9d76821


Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) menerima 134 laporan berkaitan kecurian meter air membabitkan daerah Kuala Terengganu dan Marang dalam tempoh dua hari bermula Jumaat lepas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Abdul Karim Endut berkata kebanyakan kes berlaku di kawasan perumahan dan turut melibatkan kecurian meter yang baharu dipasang.

“Kejadian bermula pada Julai lepas dan secara tiba-tiba berlaku serentak, sepertinya kegiatan yang dirancang,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sijil Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi pencapaian Pendakian Berkumpulan Paling Ramai oleh Petugas Operator Air di Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata SATU telah membuat beberapa laporan dan akan mengadakan pertemuan dengan polis bagi membincangkan langkah membendung kegiatan itu.

“Meskipun kerugian fizikal bagi setiap meter air dicuri kurang daripada RM200, iaitu kos pemasangan, namun kesan sebenar jauh lebih besar kerana menyebabkan gangguan perkhidmatan bekalan air dan pembaziran sumber.

“Ini kerana kebanyakan pencuri meninggalkan paip tanpa ditutup selepas mencuri pada waktu malam menyebabkan air mengalir sehingga disedari pengguna pada keesokan harinya,” katanya.

Abdul Karim menasihati pengguna atau pemilik akaun yang mengalami masalah kecurian meter air supaya segera melaporkannya kepada SATU, jawatankuasa penduduk di perumahan mereka atau polis.

Beliau berkata SATU akan segera memasang meter baharu kepada pengguna yang terjejas dengan kecurian itu.

 
Back
Top
Log in Register