BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jenazah Tiga Beranak Maut Kemalangan Dikebumi Dalam Satu Liang Lahad

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
7983fc88433c65f6ed0f9e73f1642a9c69c27dd918e72

8e8bd25dab13115ac6fe8bb26f181b9b69c27dfa937c5

Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 59, Jalan Jerangau-Jabor di Felda Jerangau dekat Dungun semalam, selamat dikebumikan.

Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 59 Jalan Jerangau-Jabor, dekat Dungun semalam selamat dikebumikan petang tadi.

Nurul Hafizah Shaary, 39, dan dua anaknya Muhammad Redzuan Arash Mohamad Redzuan, 13, serta Nur Radya Athalia, 4, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tong di Setiu, 6.15 petang tadi.

Sebelum itu, jenazah tiga beranak tersebut dibawa ke Masjid Ar-Ridhwan Sungai Tong dan disolatkan selepas asar.

Lebih 200 orang terdiri daripada sanak saudara dan kenalan hadir pada pengebumian itu.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang semalam, Nurul Hafizah yang bekerja sebagai ejen di sebuah syarikat penapis air dan udara bersama empat anaknya dalam perjalanan pulang daripada menghadiri majlis perkahwinan adiknya.

Namun kenderaan utiliti sukan jenis Perodua Aruz yang dinaiki mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar paip air serta tiang elektrik di sebelah kiri.

Kejadian itu turut menyebabkan dua lagi anak mangsa, Nur Raesha Amanda, 14, dan Nur Rakhlis Aral Yn, 9, cedera dan kini dirawat di hospital.

 
Back
Top
Log in Register