Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Jenazah Tiga Maut Di Gua Musang Selamat Dikebumi
Muhamad Aiman Ashraf, 17, menyiram air di atas pusara ibu dan adiknya, Allahyarhamah Maria Yusoff, 42, dan Muhammad Ziekyr Iman Abli, 11, selepas kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melor Lama di sini pada 10.30 pagi.
Maria dan Muhammad Ziekyr Iman merupakan penumpang Perodua Myvi yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan serta bertembung dengan sebuah treler kira-kira jam 7 pagi 31 Julai.
--foto BERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Jenazah tiga individu yang maut termasuk dua beranak yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Gua Sejuk, semalam, selamat dikebumikan hari ini.
Jenazah pemandu Perodua Myvi Muhamad Syazwan Hakimi Ibrahim, 21, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tegayong, Melor, di sini pada 8.30 pagi tadi.
Dua beranak yang juga penumpang Perodua Myvi itu, iaitu ibu tunggal Maria Yusoff, 42, dan anak bongsunya, Muhammad Ziekyr Iman Abli, 11, pula dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melor Lama, di sini pada 10.30 pagi.
Kemalangan kira-kira 7 pagi itu berlaku apabila kenderaan dipandu Muhamad Syazwan Hakimi yang dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan treler.
Dalam kejadian itu, anak sulung Maria, iaitu Nur Balqis Abli, 21, mengalami cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Gua Musang, manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.
Loading…
www.bernama.com