BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Watsons Beautopia 2026 Himpun 185 Jenama Kecantikan Terkemuka Di Bawah Satu Bumbung

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Watsons Beautopia 2026 Himpun 185 Jenama Kecantikan Terkemuka Di Bawah Satu Bumbung​

ecf4f6195b0cb714a1300f0782c890786a6357127ede6


Watsons Malaysia mengumumkan penganjuran kembali Watsons Beautopia 2026 iaitu festival kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan yang menghimpunkan jenama terkemuka dunia di bawah satu bumbung, sekali gus memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk meneroka, mencuba dan menikmati pengalaman terkini dalam dunia kecantikan.

Watsons memaklumkan acara selama empat hari bermula semalam hingga Ahad ini di Pavilion Exhibition Centre Bukit Jalil, di sini, sempena ulang tahun ke-185 syarikat itu menghimpunkan lebih 185 jenama tempatan dan antarabangsa termasuk dari pasaran kecantikan Korea, Jepun dan China.

Menurut Watsons, acara berkenaan menampilkan pameran produk, pelbagai aktiviti jenama, pelancaran produk baharu, demonstrasi secara langsung, analisis kulit dan kulit kepala, sesi konsultasi bersama pakar serta bengkel kesihatan dan kecantikan.

“Tahun ini, Beautopia menghimpunkan lebih 185 jenama dari seluruh dunia dengan menampilkan yang terbaik daripada K-Beauty, J-Beauty, C-Beauty, jenama antarabangsa pilihan ramai serta jenama M-Beauty yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia di bawah satu bumbung.

“Acara ini menawarkan peluang unik kepada pengunjung untuk meneroka produk dan penyelesaian dari seluruh dunia lebih awal daripada orang lain. Pelanggan turut berpeluang mencuba formulasi terkini, ramuan inovatif serta inovasi kecantikan dan kesejahteraan generasi baharu, semuanya di satu lokasi," menurut Watsons dalam kenyataan hari ini.

Pengarah Urusan Serantau Kesihatan dan Kecantikan Asia Watsons Caryn Loh berkata Beautopia bertujuan menghimpunkan industri kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan di bawah satu bumbung, sekali gus membolehkan jenama, pakar kecantikan, pencipta kandungan dan pengguna meneroka inovasi terkini, bertukar pandangan serta meraikan kecantikan dalam pelbagai bentuk.

“Beautopia mencerminkan iltizam kami untuk mencipta pengalaman bermakna yang memberi inspirasi terhadap keyakinan diri dan kesejahteraan untuk semua," katanya.

Selain aktiviti membeli-belah, Beautopia menawarkan pengalaman festival interaktif yang membolehkan pengunjung mendapatkan pandangan melalui siri Bengkel Kesihatan dan Kecantikan bersama pakar kecantikan terkenal, profesional industri serta pempengaruh bagi membantu pengguna membuat pilihan kesihatan dan kecantikan.

Ahli Kelab Watsons bakal menikmati lebih banyak ganjaran menerusi Beautopia 2026, dengan mereka yang berbelanja RM100 dan ke atas berpeluang menerima hadiah eksklusif.

 
Back
Top
Log in Register