BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Akta Baharu, Satu Pindaan Di Bawah Dasar Perumahan Negara 2026-2035 - Nga

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Tiga Akta Baharu, Satu Pindaan Di Bawah Dasar Perumahan Negara 2026-2035 - Nga​

3d6b7135b458a03076f9bdc7f5c30de16a797b553ff4c

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berucap pada Majlis Pelancaran Dasar Perumahan Negara 2026-2035 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) Bukit Kiara hari ini.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhasrat menggubal dan meminda empat akta berkaitan sektor perumahan di bawah Dasar Perumahan Negara (DRN) 2026-2035 bagi mewujudkan kerangka perundangan yang lebih menyeluruh, progresif dan adil kepada semua pihak.

Menteri berkenaan Nga Kor Ming berkata ia melibatkan tiga perundangan baharu iaitu Akta Pemaju Harta Tanah, Akta Pengurus Bangunan dan Akta Sewaan Kediama, selain pindaan terhadap Akta Pengurusan Strata 2013.

“Di bawah DRN yang dilancarkan pagi ini, kita nak pastikan keempat-empat akta ini bakal digubal dalam masa yang terdekat. Kita akan terus berusaha ke arah itu dan memberikan yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan DRN 2026-2035 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Ketua Setiausaha KPKT Datuk Dr M Noor Azman Taib.

Beliau berkata Akta Pemaju Harta Tanah kini berada pada peringkat akhir semakan dan diperlukan bagi memperluas skop kawal selia yang ketika ini terhad kepada pembangunan perumahan kepada hartanah komersial termasuk ruang kedai serta projek komersial.

Nga berkata Akta Pengurus Bangunan pula penting berikutan negara kini mempunyai hampir tiga juta unit hartanah strata merangkumi lebih 27,000 skim termasuk kondominium dan Pejabat Kecil Pejabat Rumah (SOHO), sekali gus memerlukan aspek penyelenggaraan sentiasa berada dalam keadaan selamat serta berdaya huni.

Mengenai Akta Sewaan Kediaman pula, beliau berkata akta itu bertujuan memastikan hak pemilik dan penyewa diseimbangkan serta kepentingan kedua-dua pihak dilindungi.

Beliau berkata pindaan kepada Akta Pengurusan Strata 2013 pula selaras dengan keperluan pengurusan hartanah strata ketika kadar urbanisasi negara meningkat daripada 28 peratus pada 1970 kepada 78 peratus ketika ini dan dijangka mencecah 85 peratus menjelang 2040.

Dalam pada itu, Nga berkata KPKT akan memperkenalkan analitik data raya mulai tahun depan bagi menangani ketidakpadanan antara penawaran perumahan dengan keperluan sebenar pasaran yang menjadi antara punca hartanah tidak terjual.

 
Back
Top
Log in Register