combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Dewan Negara Lulus Pindaan Akta MCMC, Ahli Politik Tidak Boleh Jadi Pengerusi
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching pada sesi soal jawab lisan pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas, Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026 yang bertujuan meningkatkan peranan, fungsi, tadbir urus dan operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), selain memperkasa fungsi kawal selia industri komunikasi negara
RUU itu diluluskan dengan suara majoriti selepas dibahaskan oleh 11 Ahli Dewan Negara.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, ketika menggulung perbahasan, berkata MCMC merekodkan penurunan lebih 222,000 kandungan berkaitan perjudian dalam talian dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, sekali gus menunjukkan peningkatan tindakan penguatkuasaan digital yang lebih agresif.
Beliau berkata jumlah kandungan yang diturunkan oleh pengendali platform media sosial meningkat secara ketara daripada hanya dua kandungan pada 2022 kepada 18,814 kandungan pada 2023, 189,484 kandungan pada 2024 dan 289,486 kandungan pada 2025.
"Setakat 31 Julai tahun ini, sebanyak 222,257 kandungan berkaitan perjudian dalam talian telah diturunkan.
"Tindakan penurunan itu dibuat atas permintaan MCMC dan juga oleh penyedia perkhidmatan. Dalam tempoh 2022 hingga 31 Julai tahun ini juga, sebanyak 6,982 laman sesawang perjudian telah disekat," katanya.
Teo berkata kegiatan perjudian secara amnya terletak di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala MCMC berperanan memberikan bantuan teknikal, analisis forensik digital serta menyekat akses berdasarkan permintaan rasmi agensi penguat kuasa.
Mengenai pemerkasaan tadbir urus dan kebebasan MCMC, beliau berkata pindaan RUU itu melarang ahli politik dilantik sebagai Pengerusi suruhanjaya berkenaan.
"Pengerusi tidak boleh terdiri daripada anggota badan perundangan. Ahli Parlimen tidak boleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga tidak boleh. Pindaan yang dibawa ini adalah bagi memastikan kuasa menteri dalam membuat pelantikan dihadkan supaya individu yang dilantik benar-benar berkelayakan," katanya.
Loading…
www.bernama.com