BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RPM 2026-2035 Lembaran Baharu Pendidikan Negara - Fadhlina

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
3c974ff2b98050282f8478590492d5a2696f9bae5f17a

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menyampaikan ucapan pada Forum Pendidikan Negara bertajuk Memacu Lonjakan Pendidikan Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyifatkan pelancaran Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 sebagai satu lembaran baharu dalam sistem pendidikan negara.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata rancangan tersebut yang diluncurkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, merupakan hala tuju pendidikan negara bagi tempoh 10 tahun akan datang dan mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperkukuh mutu sistem pendidikan nasional.

“Rancangan ini bukan sekadar dokumen tetapi ia adalah hala tuju pendidikan negara untuk 10 tahun yang mendatang,” katanya menerusi hantaran yang turut memaparkan enam infografik prakarsa penting RPM 2026-2035 yang diumumkan di Putrajaya hari ini.

Pelan pendidikan baharu melibatkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu, merupakan rancangan strategik pendidikan nasional yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara, daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi.

Fadhlina berkata beberapa prakarsa penting turut diumumkan sempena pelancaran itu, merangkumi aspek pengukuran pencapaian murid, akses pendidikan awal, pengukuhan kurikulum kebangsaan, kebajikan guru serta peluasan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Beliau menambah pendidikan merupakan nadi negara dan memerlukan komitmen semua pihak bagi memastikan pelaksanaan RPM 2026-2035 berjaya demi masa depan anak-anak Malaysia.

“Pendidikan nadi negara. Ayuh, kita jayakan RPM 2026-2035 demi anak-anak Malaysia. Tahun ini, tahun kita,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register