BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MAHA 2026 Lembaran Baharu Pertanian Negara, Tumpu Aspek Kelestarian - Mohamad Sabu

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

MAHA 2026 Lembaran Baharu Pertanian Negara, Tumpu Aspek Kelestarian - Mohamad Sabu​

08b3642e60c633f61a74f3c406bc30af6a927d5f81ef6

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu (dua, kanan) merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Isham Ishak (kanan) dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin (dua, kiri).

Bertemakan “Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan” MAHA 2026 berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 Sept di MAEPS dengan menghimpunkan kira-kira 2,000 pempamer serta menyasarkan kehadiran lebih empat juta pengunjung pada edisi kali ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 diharap menjadi lembaran baharu pertanian negara dengan memberikan penekanan lebih besar kepada aspek kelestarian sektor agromakanan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata amalan pertanian lestari bukan perkara kecil kerana perkara itu mampu membantu negara mengurangkan pelepasan karbon dan menangani kesan pemanasan global, selain membuka peluang lebih luas kepada hasil pertanian tempatan untuk memperluas pasaran domestik dan menembusi pasaran import.

“Saya berharap MAHA 2026 akan menjadi lembaran baharu naskhah pertanian negara … kita akan mula mengorak langkah memberikan penekanan dan tumpuan kepada aspek kelestarian.

“Janganlah kita menganggap kemampanan sektor pertanian dan agromakanan, amalan lestari satu perkara kecil,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian MAHA 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini hari ini.

Beliau berkata MAHA 2026 turut mengetengahkan pelbagai amalan kelestarian termasuk penggunaan tenaga elektrik secara cekap, pengurusan sisa buangan dan makanan secara terancang, pengurangan penggunaan plastik sekali guna, pertanian regeneratif serta galakan kitar semula.

Dalam pada itu, Mohamad menggesa rakyat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kritikal sara diri makanan negara dengan menghidupkan semula semangat Dasar Buku Hijau yang dilancarkan pada 1974 oleh Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak.

Beliau berkata dasar itu bermatlamat mengurangkan kebergantungan negara pada import makanan dan menangani kenaikan kos sara hidup dengan mempertingkatkan pengeluaran domestik negara.

Mohamad berkata kerajaan akan terus memperkasakan sektor perikanan dan ternakan melalui pemodenan vesel, pembangunan industri akuakultur bernilai tinggi, pemodenan ladang, adaptasi teknologi dalam penyediaan makanan ternakan serta pengukuhan biosekuriti kawalan penyakit.

Dalam pada itu, beliau berkata MAHA 2026 turut berperanan sebagai platform memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam sektor pertanian, dengan penyertaan delegasi dari 14 negara.

 
Back
Top
Log in Register