BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPPH, AmanahRaya Perkenal Platform Digital Percepat Urusan Pentadbiran Harta Pusaka.

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

JPPH, AmanahRaya Perkenal Platform Digital Percepat Urusan Pentadbiran Harta Pusaka.​

ad349db8f42036a033d007be8159a1a96a3251b744286

Kredit: FB - Amanah Raya Berhad

Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) menjalinkan kerjasama strategik dengan memperkenalkan JPPH Drive, sebuah platform digital bersepadu bagi mempercepat proses pentadbiran harta pusaka.

AmanahRaya dalam kenyataan memaklumkan inisiatif digital terbaharu itu, bertujuan memperkemas proses penilaian hartanah dengan mengurangkan kebergantungan kepada kaedah manual yang diguna pakai sebelum ini, sekali gus meningkatkan kecekapan pengurusan kes serta mempercepat penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Pelancaran kerjasama dua hala itu, diadakan bersempena dengan Sambutan Hari JPPH ke-69 di Institut Penilaian Negara (INSPEN), Bangi semalam, sekali gus menjadi permulaan kepada kolaborasi untuk memacu penyampaian perkhidmatan lebih cekap menerusi pemanfaatan teknologi digital.

Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya Jack Yap Ngee Heong berkata kolaborasi itu, mencerminkan komitmen syarikat dalam memperkukuh pengalaman pelanggan menerusi penyelesaian yang lebih inovatif dan efisien.

“Pendigitalan ini bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada proses manual, malah meningkatkan kecekapan pentadbiran harta pusaka secara menyeluruh, demi kepentingan waris dan pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan sama.

Beliau berkata antara manfaat utama pelaksanaan platform itu termasuk peningkatan kecekapan operasi, akses kepada maklumat yang lebih cepat dan sistematik, serta pengurusan maklumat yang lebih teratur.

Yap berkata platform itu juga, dijangka dapat menyumbang kepada penjimatan kos dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan melalui sistem yang lebih efisien dan telus.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPPH Abdul Razak Yusak berkata pelancaran JPPH-AmanahRaya Drive itu membuktikan komitmen agensi berkenaan dalam memperkukuh agenda pendigitalan sektor awam.

Beliau berkata inisiatif itu, mampu mentransformasikan proses kerja kepada sistem yang lebih bersepadu serta mempercepat pengurusan permohonan penilaian hartanah, bagi urusan pentadbiran harta pusaka.

 
Back
Top
Log in Register