combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,160
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,160
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Penggunaan Sistem e-Tanah Perlu Disegerakan, Pacu Urusan Pentadbiran Tanah Dan Lonjak Kutipan Hasil
Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim ketika ditemui media pada Majlis Kemuncak Sambutan Hari Tanah Negara (HTN) Ke-10 Tahun 2026 di Dewan Baiduri, Menara PETRA hari ini.
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) mahu penggunaan Sistem e-Tanah segera diperluas di semua negeri di Semenanjung Malaysia berikutan keberkesanannya dalam mempercepat urusan pentadbiran tanah serta melonjakkan kutipan hasil kerajaan.
Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata pengenalan dan peluasan sistem e-Tanah yang bermula sejak 2017 telah berjaya memodenkan pentadbiran tanah di Semenanjung Malaysia.
Beliau berkata ketika ini, tujuh buah Pentadbiran Tanah Negeri dan Wilayah Persekutuan telah menerima dan mengguna pakai sistem ini bagi menggantikannya dengan sistem terdahulu, iaitu Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer atau SPTB yang telah mula diguna pakai sejak 2000.
“Impak e-Tanah amat nyata, ia bukan sahaja mempermudah proses kerja dan menjimatkan masa, malah melonjakkan hasil kutipan kerajaan.
“Sebagai contoh di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kutipan hasil bagi tempoh lima tahun dari 2018 hingga 2022 sahaja telah mencapai jumlah melebihi RM3 bilion,” katanya.
Mohd Fauzi berkata demikian ketika berucap pada majlis kemuncak sambutan Hari Tanah Negara ke-10 tahun 2026 JKPTG yang dirasmikan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup di sini hari ini.
Majlis Kemuncak HTN 2026 bertemakan "Tanah Kita, Tanggungjawab Kita" mengetengahkan pelbagai pencapaian strategik JKPTG, termasuk peningkatan kadar pendaftaran pindah milik tanah dalam tempoh satu hari kepada 91.16 peratus dan penyelesaian 37,494 kes harta pusaka kecil.
Sementara itu, Mohd Fauzi berkata keupayaan sistem e-Tanah turut memangkas tempoh urusan melalui pendaftaran perserahan pindah milik tanah dalam tempoh satu hari.
Pada 2025, sebanyak 209,134 proses perserahan berjaya diselesaikan dalam tempoh satu hari daripada keseluruhan 255,821 perserahan, mencatat pencapaian 81.75 peratus daripada sasaran ditetapkan.