BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MPC, PTG Melaka Kerjasama Pergiat Laksana RKB Pentadbiran Tanah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

MPC, PTG Melaka Kerjasama Pergiat Laksana RKB Pentadbiran Tanah​

ca00645794b89adda7321cc9210207f864d62e27b14eb


Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Melaka mempergiat usaha pelaksanaan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) melalui penambahbaikan proses, prosedur dan dasar berkaitan pentadbiran tanah di negeri itu.

MPC dalam kenyataan hari ini memaklumkan inisiatif itu menumpukan kepada empat projek strategik, iaitu penandaan pelan kuota Melayu bagi hak milik strata, penambahbaikan pengeluaran hak milik muktamad (FT) bagi Permohonan Tanah Kerajaan (PTK), pembangunan prosedur operasi standard (SOP) penguatkuasaan bersepadu sumber mineral serta semakan arahan PTG bagi tempoh 1979 hingga 2023.

Menurut MPC, penambahbaikan yang dikenal pasti dijangka mengurangkan proses dan dokumentasi berulang, menyeragamkan tatacara pelaksanaan, memperjelas keperluan permohonan serta memperkukuh pemantauan dan penyelarasan antara agensi.

“Langkah ini akan memberikan kepastian kepada rakyat dan peniaga, mengurangkan masa menunggu, kos pematuhan serta keperluan untuk berulang kali berurusan dengan pihak berkuasa.

“Bagi semakan arahan PTG, sebanyak 29 arahan telah dinilai melibatkan 16 arahan yang dicadang untuk dimansuhkan, empat arahan dimansuhkan dan diperbaharui, enam arahan dikekalkan dengan pindaan dan tiga arahan dikekalkan tanpa pindaan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, semakan berkenaan penting bagi memastikan arahan pentadbiran tanah kekal relevan, jelas dan selaras dengan keperluan semasa.

Cadangan penambahbaikan akan diperincikan melalui sesi libat urus pihak berkepentingan, pemurnian SOP dan garis panduan, pembangunan arahan baharu serta pelaksanaan projek rintis.

Hasil akhir akan diangkat kepada pihak berkuasa negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka untuk pertimbangan serta kelulusan.

Dalam kenyataan sama, Pengarah MPC Wilayah Selatan Mohd Azwan Mohd Salleh berkata peningkatan produktiviti dalam pentadbiran tanah adalah antara faktor penting dalam memperkukuh daya saing negeri.

 
Back
Top
Log in Register