BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RKB Pacu Daya Saing Malaysia, Penambahbaikan Masih Diperlukan - MPC

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,767
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,767
Reaction score
289
Points
146

RKB Pacu Daya Saing Malaysia, Penambahbaikan Masih Diperlukan - MPC​

f27e71b0bf8f3ddd5833e12e03ea82a26a6c08ad230d2

Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Dr Mohamad Norjayadi Tamam ketika ditemu bual BERNAMA di Menara MATRADE baru-baru ini.

Pelaksanaan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) meletakkan Malaysia di landasan kukuh bagi meningkatkan kedudukan daya saing global, namun penambahbaikan berterusan masih diperlukan untuk meningkatkan pencapaian beberapa petunjuk prestasi yang masih rendah.

Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Dr Mohamad Norjayadi Tamam berkata impak RKB dapat dilihat menerusi peningkatan kedudukan Malaysia dalam Penarafan Daya Saing Dunia 2026 (WCR) terbitan Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD), apabila negara melonjak ke tangga ke-15 tahun ini daripada tangga ke-23 pada tahun lepas.

Bagi petunjuk kecekapan birokrasi pula, Malaysia meningkat ke tangga keenam dunia berbanding tangga ke-14 tahun lepas, sekali gus menerima pengiktirafan daripada Pengarah Pusat Daya Saing Dunia (WCC) IMD, Prof Arturo Bris pada majlis pelancaran laporan berkenaan.

"Beliau menyebut secara khusus bahawa peningkatan prestasi Malaysia banyak didorong usaha reformasi yang dilaksanakan. Kami yakin antara penyumbang utamanya ialah pelaksanaan RKB oleh semua kementerian dan agensi," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata data bagi setiap petunjuk prestasi bukan sekadar digunakan untuk meningkatkan kedudukan negara, sebaliknya menjadi rujukan penting kepada kementerian dan agensi dalam mengenal pasti kelemahan serta melaksanakan penambahbaikan secara berstruktur.

Mohamad Norjayadi berkata kejayaan pelaksanaan RKB dalam memudahkan urusan kerajaan dapat dilihat menerusi pengurangan tempoh semakan tapisan keselamatan dan rekod jenayah untuk permohonan pas ekspatriat.

Tempoh keseluruhan proses itu kini hanya mengambil masa 15 minit berbanding sehingga 50 hari sebelum ini hasil perkongsian data menerusi platform e-Vetting serta kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menurut beliau, kejayaan itu membuktikan amalan kerja secara silo dalam kalangan agensi kerajaan dapat dihapuskan bagi mempercepat proses kelulusan selain mengurangkan kos pematuhan perniagaan.

 
Back
Top
Log in Register