combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,182
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,182
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Datuk Armizan Mohd Ali
Institusi kewangan, badan pelaburan dan pemain pasaran modal di negara ini disaran mempertimbangkan harta intelek (IP) sebagai bentuk cagaran khususnya bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta syarikat permulaan, dalam usaha membangunkan ekosistem IP yang lebih mampan dan berdaya saing.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata ketika ini, aset tak ketara semakin pantas mengatasi aset fizikal dalam menentukan daya saing sesebuah syarikat dan negara.
“Justeru, Malaysia tidak boleh kekal di pinggiran reformasi ini dan perlu mempunyai ekosistem penilaian yang dipercayai, telus dan selaras dengan piawaian global.
“Ia bukan sekadar memerlukan penilai terlatih, tetapi turut menuntut anjakan pemikiran dalam kalangan institusi yang menyokong pertumbuhan ekonomi,” katanya.
Teks ucapan beliau disampaikan Anggota Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Syed Ahmad Abdul Rahman pada Majlis Graduasi Program Intensif Penilai Harta Intelek dan Peperiksaan MyIPO (Value) 2025, di sini hari ini.
Armizan berkata negara-negara peneraju inovasi ialah yang sistem kewangannya mengiktiraf kepelbagaian nilai sebagai asas ekonomi masa depan, justeru, Malaysia perlu bergerak ke arah itu.
Menurutnya, Malaysia kini memiliki kumpulan penilai IP terlatih serta rangka kerja penilaian semakin berkembang melalui MyIPO, selari dengan peralihan ekonomi negara yang dipacu oleh teknologi dan kreativiti.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata kerajaan melalui MyIPO sedang mengkaji pindaan Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 bagi memperkenalkan rangka kerja kawal selia lebih baik, sekali gus menjadikan Malaysia antara negara pertama di ASEAN yang mengiktiraf penilai IP secara rasmi.
Beliau berkata Malaysia turut bertekad membina ekosistem profesional penilaian yang lestari serta memperdalam kerjasama institusi dengan Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO), ASEAN, universiti dan industri.
Anjakan Penilaian Harta Intelek Pacu Daya Saing Negara - Armizan
MyIPO, Armizan Mohd Ali, IP, Akta Perbadanan Hart