BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Bakat MADANI Tingkat Daya Saing Negara, Mobiliti Sosioekonomi Generasi Muda

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Program Bakat MADANI Tingkat Daya Saing Negara, Mobiliti Sosioekonomi Generasi Muda​

b43c91e9509758be36d30077c7dfffac6a424a13753e8

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni para belia ketika hadir pada Majlis Peluncuran Bakat Malaysia MADANI di Sendayan hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Program Bakat MADANI berpotensi meningkatkan daya saing Malaysia melalui penyediaan tenaga mahir yang memenuhi keperluan industri masa depan, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI), robotik, digitalisasi dan automasi.

Pemangku Presiden Permodalan Nasional Berhad (PNB) Datuk Rizal Rickman Ramli berkata inisiatif itu penting bagi menjamin bekalan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang diperlukan negara bagi menghadapi perubahan pesat landskap teknologi, sekali gus memperkukuh daya saing negara di peringkat global.

Beliau berkata selain memenuhi keperluan industri, program itu turut memberi manfaat kepada peserta apabila membuka peluang kerjaya yang lebih terjamin, meningkatkan prospek pekerjaan serta memperkukuh kedudukan dan mobiliti sosioekonomi mereka.

"Jika kedua-dua matlamat ini dapat dicapai, Malaysia akan menjadi lebih kompetitif, manakala generasi muda pula mempunyai masa depan yang lebih baik dan cerah, selain menggalakkan penyertaan lebih banyak syarikat swasta,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu Pengurus Besar Kanan, Pendidikan dan Pelaburan Modal Insan PETRONAS, Akmal Niza Ahmad berkata bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah antara laluan yang sangat penting dalam memenuhi keperluan industri, termasuk dalam sektor tenaga, minyak dan gas.

"Kita perlu mengubah persepsi bahawa TVET adalah pilihan kedua. Dalam operasi industri, tenaga mahir seperti jurukimpal, juruelektrik, jurucas, pemasang paip serta tenaga teknikal lain memainkan peranan yang sangat kritikal.

"Laluan kerjaya ini memerlukan kemahiran tinggi, disiplin, piawaian keselamatan yang ketat dan pendedahan kepada teknologi serta operasi yang kompleks," katanya.

Beliau berkata TVET dilihat sebagai komponen strategik dalam pembangunan modal insan negara, malah ia bukan sekadar latihan kemahiran, tetapi satu laluan kerjaya yang bernilai, relevan dan berupaya menawarkan masa depan yang lebih baik kepada anak muda Malaysia.

Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Mohammad Ashraf Md Radzi pula berkata ekosistem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan antara sumber terbaik untuk industri mendapatkan bakat berpengalaman.

 
Back
Top
Log in Register