BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Bermalam Di Muzium 2026 Dekatkan Generasi Muda Dengan Tugas Kurator

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Program Bermalam Di Muzium 2026 Dekatkan Generasi Muda Dengan Tugas Kurator​

e93e9f3ede31b864360d2b28fe2ac2736aaa3672d9180

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik) Kementerian Perpaduan Negara Mohamad Sobri Mat Daud (tengah) bergambar bersama rakan kolaboratif pada Majlis Penutupan Program Bermalam di Muzium yang berlangsung di Dataran Muzium Negara.

Daripada sekadar melihat artifak di sebalik kaca, generasi muda diberi peluang menyelami tugas seorang kurator menerusi Program Bermalam Di Muzium 2026 yang mengetengahkan tema “Kurator Muda”, sekali gus menyemai minat untuk mengenali, menghargai dan memelihara warisan negara.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik), Kementerian Perpaduan Negara Mohamad Sobri Mat Daud berkata program yang dilaksanakan serentak di 32 muzium di seluruh negara itu semakin mendapat sambutan, dengan penyertaan 2,373 pelajar.

Beliau berkata inisiatif berkenaan penting bagi memastikan pembelajaran sejarah tidak terhad di bilik darjah, sebaliknya dapat dihayati secara langsung menerusi koleksi dan artifak yang dipamerkan di muzium.

“Apabila datang ke muzium, apa yang dipelajari di sekolah dapat dihayati sendiri melalui artifak, di samping mengeratkan hubungan antara pelajar daripada pelbagai kaum.

“Kita mahu merapatkan hubungan, membina jati diri dan keyakinan diri pelajar. Dengan mengenali artifak serta ketamadunan negara, mereka akan lebih menyayangi negara, pada masa sama mengukuhkan lagi ikatan perpaduan antara satu sama lain. Itu hasrat kami,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutupan Program Bermalam Di Muzium 2026 di Dataran Muzium Negara, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Muzium Malaysia Mohamad Shawali Badi, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Akademi Kenegaraan Malaysia Saliza Mokhtar, Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuman) Jabatan Muzium Malaysia Mohd Razaimi Hamat dan Pengarah Muzium Negara Zamrul Amri Zakaria.

Mohamad Sobri berkata pendedahan berkenaan diharap dapat membentuk generasi muda sebagai pelapis kepimpinan negara yang mempunyai jati diri kukuh serta semangat patriotisme tinggi.

Sementara itu, Mohamad Shawali berkata pemilihan tema “Kurator Muda” tahun ini memberikan peluang kepada pelajar memahami tugas sebenar kurator dalam memelihara warisan negara.

Beliau berkata kurator bertanggungjawab melaksanakan pelbagai aktiviti permuziuman seperti penyelidikan, pemeliharaan, pengurusan koleksi dan pameran.

 
Back
Top
Log in Register