BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

41 Program MADANI Kita Bantu Dekatkan Perkhidmatan, Interaksi Kerajaan Dengan Rakyat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

41 Program MADANI Kita Bantu Dekatkan Perkhidmatan, Interaksi Kerajaan Dengan Rakyat​

2405a3128c671cde4e6917e9d6db317d6a7710f53cd67

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (tiga, kanan) melakukan gimik perasmian pada Program MADANI KITA Bersama Komuniti Nibong Tebal di C-Mart Pearl City Mall. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi) Kementerian Komunikasi Mano Verabathran (tiga, kiri).

Kementerian Komunikasi telah menganjurkan sebanyak 41 Program MADANI Kita (PMK) sebagai platform yang menghimpunkan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan bagi mendekatkan perkhidmatan serta mewujudkan interaksi secara langsung dengan rakyat.

Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi) Kementerian Komunikasi Mano Verabathran berkata program berkenaan dilaksanakan menerusi kerjasama Jabatan Komunikasi Komuniti, Jabatan Penerangan Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Beliau berkata menerusi interaksi secara langsung itu, masyarakat bukan sahaja memperoleh maklumat mengenai dasar dan inisiatif kerajaan malah boleh mendapatkan penjelasan tepat, mengemukakan pertanyaan serta menyampaikan pandangan berhubung isu berkaitan.

“Pendekatan ini amat penting kerana rakyat bukan sahaja mahu mengetahui dasar dan inisiatif kerajaan malah mereka mahu melihat dan merasai sendiri manfaat daripada setiap usaha yang dilaksanakan.

“Lebih penting, program ini turut menyediakan ruang interaksi secara langsung antara rakyat dengan kementerian dan agensi,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Program MADANI Kita Nibong Tebal yang dirasmikan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal Fadhlina Sidek di sini hari ini.

Mano berkata PMK turut menyediakan pelbagai pengisian yang menggabungkan aspek teknologi, pendidikan, pembangunan kemahiran dan kesejahteraan komuniti.

Beliau berkata penganjuran aktiviti berkenaan bukan sekadar menyediakan hiburan khususnya kepada golongan belia malah menjadi platform membina bakat, memupuk semangat berpasukan serta menggalakkan persaingan sihat dan berdisiplin.

Antara aktiviti yang diketengahkan ialah e-sukan yang kini mempunyai ramai peminat selain pelbagai program dan perkhidmatan yang disediakan menerusi NADI.

Dalam pada itu, Mano berkata Program MADANI Kita Permatang Pauh yang diadakan sempena Penang Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang 2026 dari 24 hingga 26 Julai lepas menerima kehadiran lebih 17,000 pengunjung.

 
Back
Top
Log in Register