BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pembangunan Negara Perlu Diimbangi Generasi Muda Berilmu, Berdisiplin - Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,151
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,151
Reaction score
346
Points
141

Pembangunan Negara Perlu Diimbangi Generasi Muda Berilmu, Berdisiplin - Anwar​

99416e98c090be26813d6a465a0998de6a929d430c1e3

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Jambori Pengakap Malaysia Ke-15 di Stadium Negeri Batu Kawan.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kejayaan sesebuah negara tidak hanya diukur menerusi kemajuan ekonomi dan teknologi semata-mata, sebaliknya perlu disokong dengan pembentukan generasi muda yang berilmu serta berdisiplin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata generasi muda perlu diberikan pendidikan yang turut membentuk nilai, semangat berbakti dan rasa tanggungjawab terhadap keluarga, masyarakat serta negara.

“Apa erti pembangunan, apa erti kejayaan negara kalau anak-anak kita tidak diasak dengan semangat, didikan, disiplin, kasih sayang. Sebab itu, anak-anak harus ada semangat sedemikian.

“Untuk apa kita menimba ilmu di sekolah, pusat pengajian dan universiti, ia untuk menjadi manusia berilmu dan berakhlak mulia (yang) mampu berbakti kepada masyarakat, ibu bapa dan juga kepada negara. Ini budaya yang harus dipupuk,” kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika merasmikan Jambori Pengakap Malaysia ke-15 (MYJAM15) di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan, di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan Ketua Pengakap Negara Datuk Profesor Dr Mohd Zin Bidin.

 
Back
Top
Log in Register