combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Pidato Rukun Negara Rekod 10,000 Penyertaan, Bukti Minat Generasi Muda - Ab Rauf
Penyertaan Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan tahun ini melonjak kepada 10,494 peserta, mencerminkan peningkatan minat generasi muda untuk memahami, menghayati dan menyuarakan prinsip Rukun Negara.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata jumlah itu meningkat berbanding 9,312 penyertaan tahun lepas, sekali gus menembusi angka lima digit buat julung-julung kalinya.
“Bagi saya, angka 10,494 ini bukan sekadar satu rekod baharu. Ia satu isyarat jelas bahawa Rukun Negara masih utuh dalam jiwa anak Malaysia.
"Mereka mahu memahami. Mereka mahu menghayati dan yang paling penting, mereka berani menyuarakannya,” katanya.
Beliau berkata ketika berucap pada Pertandingan Akhir Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka Tahun 2026 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.
Majlis itu diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam serta Timbalan Menteri Perpaduan Negara Yuneswaran Ramaraj.
Ab Rauf berkata lebih membanggakan, pertandingan tahun ini menerima penyertaan dari seluruh negeri di Malaysia, termasuk Perlis hingga Johor serta Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata perkembangan pertandingan itu membuktikan bahawa cetusan yang bermula di Melaka enam tahun lepas kini berkembang menjadi sebuah gerakan nasional, yang menghimpunkan anak-anak Malaysia untuk menyuarakan makna perpaduan, kestabilan dan masa depan negara.
"Bagi menghargai sambutan luar biasa itu, kerajaan negeri turut memperluas Geran Penyertaan Tertinggi sehingga tempat ketiga sebagai pengiktirafan kepada sekolah dan institusi pendidikan yang gigih menggerakkan penyertaan.