BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Puji Penjawat Awam Tingkat Prestasi Malaysia Dalam Penarafan Daya Saing Dunia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Anwar Puji Penjawat Awam Tingkat Prestasi Malaysia Dalam Penarafan Daya Saing Dunia​

54dec06cf7b057eb37876a0c1b117c986a3b980eca663

d427d8d1c802c2a69c14e6ccc846fb7a6a3b98353bb20

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Sesi Santai Mesra Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara Dengan Warga Perkhidmatan Awam Zon Selatan di Dewan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) Melaka.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji kecekapan penjawat awam negara kerana berjaya meningkatkan prestasi Malaysia dalam Penarafan Daya Saing Dunia 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD).

Anwar berkata peningkatan kedudukan Malaysia itu turut menerima pujian daripada Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedov ketika kunjungan beliau ke negara berkenaan baru-baru ini.

Malaysia melonjak ke tangga ke-15 dalam Penarafan Daya Saing Dunia 2026 IMD, meningkat lapan anak tangga daripada kedudukan ke-23 tahun lepas.

“Prestasi kita (Malaysia) dalam tiga setengah tahun ini bukan sebab Anwar Perdana Menteri, tidak… (tetapi) sebab sistem (pentadbiran penjawat awam) itu, dan rakan-rakan dalam pasukan… sebab penjawat awam.

“Presiden (Berdimuhamedov) sebut World Competitiveness Index (Penarafan Daya Saing Dunia), anda telah menunjukkan prestasi yang sangat baik. Saya kata terima kasih (kepada Presiden Serdar), tetapi saya tahu ini berlaku kerana pasukan perkhidmatan awam… kerana kecekapan dan perkhidmatan itu bukan hasil usaha saya seorang, tetapi seluruh pasukan di seluruh negara,” kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Sesi Santai Mesra Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara dengan Warga Perkhidmatan Awam Zon Selatan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (CREaTE) di Simpang Ampat di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata kejayaan Malaysia turut menarik perhatian Berdimuhamedov yang mahu menghantar pasukan penjawat awamnya bagi mengadakan perbincangan dengan penjawat awam negara untuk meningkatkan prestasi mereka.

Beliau berkata hal itu satu pengiktirafan kepada Malaysia yang masih dikategorikan sebagai negara sedang membangun.

“Itu bos dia (Berdimuhamedov) kata, beliau nak hantar pasukan penjawat awamnya, bincang dengan pasukan penjawat awam kita. Ya, pujiannya satu, tetapi maknanya kita telah bergerak maju,” kata Anwar.

 
Back
Top
Log in Register