BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peralihan Tenaga Bukan Beban Sebaliknya Pacu Pertumbuhan, Daya Saing Negara -- TPM Fadillah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
bcc1ca91723cd56abe6e7b9f1f0633f6698c8467614a8

Timbalan Perdana Menteri ynag juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof ketika menjadi ahli panel Peringkat Tertinggi ASEAN Climate Forum (ACF), yang bertemakan “ASEAN Climate Diplomacy”.

Peralihan tenaga tidak boleh dianggap sebagai beban, sebaliknya mampu membuka peluang besar bagi tujuan penciptaan pekerjaan berkualiti, memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mengukuhkan daya saing negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pada masa sama, beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, menekankan kepentingan peralihan itu sebagai peluang besar bagi transformasi ekonomi melalui ruang pelaburan baharu, mencipta pekerjaan bernilai tinggi serta memperkukuh daya saing industri tempatan.

"Malaysia bersedia menjadi hab tenaga bersih yang progresif dan berdaya tahan. Malaysia juga komited memimpin agenda peralihan tenaga secara bertanggungjawab dan berpandangan jauh.

“Dalam sesi Panel Peringkat Tertinggi ASEAN Climate Diplomacy, saya tegaskan bahawa peralihan ini bukan pilihan, tetapi satu keperluan strategik demi masa depan negara dan rantau ini," katanya menerusi hantaran di Facebook selepas menyertai ASEAN Climate Forum (AFC) di Jakarta, Indonesia, yang berakhir hari ini.

Menjelaskan selanjutnya, Fadillah turut menegaskan usaha penyahkarbonan negara tidak boleh mengorbankan keselamatan bekalan dan kemampuan rakyat selain perlu mengambil kira “trilemma tenaga” iaitu kelestarian, keselamatan dan kos secara seimbang.

"Peralihan tenaga mesti praktikal, berperingkat dan memberi manfaat langsung kepada rakyat serta industri.

“Kita mempercepatkan pembangunan tenaga boleh baharu, memodenkan grid dan menarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga bersih," katanya.

Di peringkat ASEAN, Fadillah menyifatkan kerjasama serantau seperti perdagangan elektrik rentas sempadan dan Grid Kuasa ASEAN sebagai amat penting dan usaha bersama menyaksikan peralihan tenaga bukan sekadar tanggungjawab iklim, tetapi pemacu pertumbuhan serta masa depan ekonomi rantau berkenaan.

"Kekuatan ASEAN terletak pada semangat kolektif dan keupayaan bekerjasama. Namun, kita perlu terus memperkukuh kesalinghubungan grid, menyelaras peraturan perdagangan tenaga dan memperluas akses pembiayaan hijau agar semua negara anggota dapat bergerak seiring dalam peralihan tenaga," katanya.

 
Back
Top
Log in Register