BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TNB Raih Penarafan Tertinggi Bagi Pematuhan ESG, Pacu Peralihan Tenaga Negara

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,184
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,184
Reaction score
346
Points
141

TNB Raih Penarafan Tertinggi Bagi Pematuhan ESG, Pacu Peralihan Tenaga Negara​

4a0201a0e1921b9269203b2ae11a40146a2178db7bab9

c7d0d6b22b59b87f176e134d075f64006a217a0b87e4d


Pematuhan ketat Tenaga Nasional Bhd (TNB) terhadap piawaian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) telah mendorong syarikat utiliti tenaga negara itu bukan sahaja memenuhi tadbir urus kemampanan tetapi mencapai kecekapan perniagaan serta memajukan peralihan tenaga Malaysia.

Ketua Pegawai Kelestarian TNB Leo Pui Yong berkata data ESG perlu diberi perhatian serius sebagaimana pelaporan kewangan bagi memastikan kejayaan peralihan tenaga dan mengurangkan pelepasan karbon.

Walaupun berdepan cabaran dalam memenuhi keperluan global yang sentiasa berkembang, Leo berkata syarikat itu telah mencatat kemajuan ketara dalam mencapai piawaian ESG apabila baru-baru ini memperoleh peningkatan penarafan ESG MSCI (Morgan Stanley Capital International) kepada penarafan kukuh “AA”.

Beliau berkata pencapaian itu memerlukan perubahan pemikiran korporat untuk melihat ESG sebagai pemacu nilai perniagaan dan bukannya sekadar perkara berkaitan pematuhan.

Leo berkata demikian semasa perbincangan panel bertajuk ESG in the Energy Transition: Value Driver or Compliance Burden pada Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26) di sini hari ini, yang dikendalikan oleh Ketua Kelestarian dan Jaminan Baharu Deloitte Asia Tenggara K Ganesan Kolandevelu.

Penarafan “AA” mencerminkan syarikat yang menunjukkan pengurusan kukuh terhadap risiko dan peluang ESG yang mempunyai kepentingan material dari segi kewangan.

Bagi mencapai tahap itu, Leo berkata syarikat telah mengambil langkah mendigitalkan pengumpulan hampir 400 indikator ESG merangkumi 90,000 asetnya di Semenanjung, sekali gus membolehkan data yang dikumpulkan digunakan secara aktif untuk meningkatkan kecekapan operasi di lapangan.

“Dalam TNB, kami tidak melihat keperluan IFRS (Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa) sebagai sekadar keperluan pelaporan.

“Kami melihatnya sebagai pemangkin untuk meningkatkan kecekapan, selain memberi impak jangka panjang dari segi kemampanan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register