BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peralihan Tenaga Kini Realiti, Bukan Lagi Agenda Masa Depan - TNB

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Peralihan Tenaga Kini Realiti, Bukan Lagi Agenda Masa Depan - TNB​

82d3650b49390f14a12ac336cd2a612a6a11143f7d2f0

Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Kamal Arifin A. Rahman. -- Foto kredit : Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Peralihan tenaga negara bukan lagi agenda masa depan, sebaliknya perubahan yang sedang berlaku dan akan dilalui bersama seluruh rakyat Malaysia, kata Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Kamal Arifin A. Rahman.

Beliau berkata perkembangan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan kini semakin dekat dengan kehidupan harian rakyat, sekali gus menjadikan peralihan tenaga suatu keperluan semasa.

“Peralihan tenaga bukan lagi pilihan, ia sedang berlaku dan kita semua akan melaluinya bersama. Dengan potensi meningkatkan taraf hidup masyarakat, peralihan tenaga mampu mewujudkan peluang baharu dan membina Malaysia yang lebih bersih, serta berdaya tahan.

“Isu tenaga hari ini juga semakin dekat dengan kehidupan seharian, daripada bil elektrik, kestabilan bekalan sehinggalah kepada kos sara hidup. Sebab itu, peralihan tenaga bukan lagi agenda masa depan semata-mata, tetapi sesuatu yang sedang berlaku sekarang,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual, baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, Kamal Arifin berkata Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26) yang akan berlangsung pada 3 hingga 5 Jun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menghimpunkan kira-kira 2,000 peserta dan 80 penceramah bagi membincangkan masa hadapan tenaga yang inklusif, serta penyelesaian praktikal untuk rakyat.

Bertemakan “Energy & AI: The Synergy for Energy Transition”, beliau berkata persidangan perdana yang diilhamkan oleh TNB itu memberikan fokus kepada tiga tonggak utama, iaitu Energy for AI, AI for Energy dan Energy Transition for People.

Kamal Arifin berkata ETCon26 akan meneruskan momentum sejak pelancaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) semasa ETCon2023 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata melalui tonggak “Energy Transition for People”, TNB mahu rakyat memahami peralihan tenaga bukan berkaitan teknologi semata-mata, tetapi perubahan yang memberikan manfaat langsung kepada kehidupan harian.

 
Back
Top
Log in Register