combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Majlis Memperingati Diadakan Bagi Mengenang Jasa Empat Bekas Hakim Tertinggi Negara
Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh (enam, kiri) bergambar bersama ahli keluarga Allahyarham Tun Mohd Eusoff Chin pada Majlis Memperingati Mantan-Mantan Ketua Hakim Negara Dan Mantan Hakim Besar Malaya di Istana Kehakiman hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Mahkamah Persekutuan hari ini mengadakan majlis memperingati bagi mengenang jasa dan legasi kehakiman empat bekas hakim tertinggi negara, iaitu Tun Mohd Eusoff Chin, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, Tun Abdul Hamid Mohamad serta Tan Sri Siti Norma Yaakob.
Majlis itu turut menzahirkan penghargaan dan penghormatan kepada keempat-empat tokoh berkenaan atas sumbangan, khidmat serta legasi yang signifikan kepada Badan Kehakiman Malaysia sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
Acara dimulakan dengan ucapan Naib Presiden Majlis Peguam Malaysia Murshidah Mustafa dan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar disusuli wakil-wakil keluarga serta Ketua Hakim Negara Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Ahli keluarga yang menyampaikan ucapan ialah Zuliana Mohd Eusoff, Datuk Azlan Mohamed Dzaiddin, Melati Abdul Hamid dan Meor Amri Meor Ayob.
Mohd Eusoff, Mohamad Dzaiddin dan Abdul Hamid adalah bekas Ketua Hakim Negara manakala Siti Norma ialah bekas Hakim Besar Malaya.
Mohd Eusoff, yang berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara dari 1999 hingga 2000, meninggal dunia pada 7 Ogos lepas ketika berusia 90 tahun.
Pengganti beliau, Mohamed Dzaiddin yang berkhidmat dari 2000 hingga 2002, meninggal dunia pada 11 Julai 2024 ketika berusia 86 tahun.
Sementara itu, Abdul Hamid yang meninggal dunia pada 19 Feb lepas ketika berusia 83 tahun, menyandang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara dari Disember 2007 hingga Oktober 2008.
Siti Norma pula meninggal dunia pada 13 Mac lepas ketika berusia 85 tahun.