BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Eusoff Chin Meninggal Dunia Pada Usia 91 Tahun

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Eusoff Chin Meninggal Dunia Pada Usia 91 Tahun​

19e99c9ee2a492fee8d84eb888cfe30b6a754439831d3

Tun Mohamed Eusoff Chin

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 91 tahun.

Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Mohamad Ezri Abdul Wahab menerusi pesanan teks ringkas kepada Bernama.

Beliau berkata mesej yang dimuat naik oleh anak Allahyarham, Zuliana memaklumkan bahawa bapanya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1 pagi tadi.

Solat jenazah akan diadakan di Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya sebelum Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

Mohamed Eusoff berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara kedua Malaysia dari September 1994 hingga Disember 2000.

 
Back
Top
Log in Register