BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Meninggal Dunia

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
e676d80a52ac101e65a7250c598a47386996b0ed76359


Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad meninggal dunia pada usia 83 tahun di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), tengah hari tadi.

Perkara itu disahkan anaknya Murni Abdul Hamid ketika dihubungi Bernama.

Murni berkata bapanya dimasukkan ke HUKM 9 Feb lepas dan meninggal dunia kerana sakit tua di samping isteri Toh Puan Hamidah Choong Abdullah dan anak-anak.

"Insya-Allah, jenazah Allahyarham akan disolatkan di Musolla Taman Selatan Presint 20, Putrajaya selepas solat asar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya Presint 20.

"Bersama-sama kita doakan agar semua urusan berjalan dengan lancar," kata anak ketiga daripada empat beradik itu.

Abdul Hamid berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara dari Dis 2007 hingga Okt 2008.

Allahyarham sebelum itu dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Mei 1990, Hakim Mahkamah Tinggi pada 1992, Hakim Mahkamah Rayuan pada 1 Sept 2000 dan Hakim Mahkamah Persekutuan pada 1 Ogos 2003.

 
Back
Top
Log in Register