BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Abdul Rahman Hamid Meninggal Dunia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,186
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,186
Reaction score
346
Points
141

Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Abdul Rahman Hamid Meninggal Dunia​

87f5c0e2cd956691fa283b5889f4ed536a79d195f121a


Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abdul Rahman Hamid meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, petang ini.

Anaknya, Mohamed Reza ketika dihubungi Bernama mengesahkan Allahyarham yang berusia 73 tahun menghembuskan nafas terakhir pada 5.51 petang selepas kira-kira sebulan menerima rawatan di hospital berkenaan.

Beliau berkata bapanya turut ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua minggu.

“Jenazah dijangka dikebumikan di Bandar Nusaputra, Puchong, pagi esok,” katanya.

Abdul Rahman berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Penyiaran selama enam tahun, dari 2003 hingga 2009.

 
Back
Top
Log in Register