BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPKT Lakar Sejarah, Kementerian Pertama Raih Penarafan Emas Greenre

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

KPKT Lakar Sejarah, Kementerian Pertama Raih Penarafan Emas Greenre​

4e8458fcbe1448095840493b67aaf0b66a96b723b975e

905f4caef58e1959201b9aec15c8f4556a96b74579caa

Kredit : KPKT

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melakar sejarah sebagai kementerian pertama di Malaysia menerima Penarafan Emas GreenRE bagi kategori Existing Non-Residential Building (ENRB v3.3), sekali gus mencerminkan komitmennya terhadap kecekapan tenaga, tanggungjawab alam sekitar dan pengurusan bangunan mampan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata pengiktirafan itu membuktikan kesungguhan KPKT untuk menterjemahkan komitmen terhadap kelestarian menerusi operasi dan persekitaran kerjanya, bukan sekadar menggalakkan amalan hijau melalui dasar serta program.

“Pencapaian ini mencerminkan komitmen KPKT untuk memimpin melalui teladan. Sebagai kementerian yang bertanggungjawab membentuk komuniti mampan dan bandar lebih hijau, kita perlu terlebih dahulu melaksanakan apa yang kita sarankan dengan memastikan aspek kelestarian diterapkan dalam kemudahan serta operasi harian kita.

“Kami amat berbesar hati menjadi kementerian pertama di Malaysia menerima Penarafan Emas GreenRE. Ini bukan sekadar anugerah atau pensijilan, sebaliknya pengiktirafan terhadap usaha kolektif kami dalam meningkatkan kecekapan tenaga, mengoptimumkan sumber serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat dan mampan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain Penarafan Emas GreenRE, bangunan KPKT turut memperoleh penarafan Sijil Tenaga (EC) Emas, sekali gus membuktikan prestasi kukuhnya dalam aspek kecekapan tenaga dan pengurusan bangunan mampan.

“Penarafan Emas merupakan pencapaian penting, namun usaha kita tidak terhenti di sini. KPKT akan terus memperkukuh inisiatif hijau dan meningkatkan prestasi alam sekitar bangunan ini dengan aspirasi untuk mencapai Penarafan Platinum GreenRE pada masa hadapan,” katanya.

Bangunan KPKT merupakan kompleks pejabat setinggi 38 tingkat dengan empat aras bawah tanah dan mempunyai keluasan lantai kasar (GFA) kira-kira 117,539.73 meter persegi.

Antara ciri hijau utama bangunan itu ialah Sistem Penyejukan Daerah (District Cooling System) dengan Keamatan Tenaga Bangunan (BEI) kira-kira 89.9 kilowatt-jam bagi setiap meter persegi setahun (kWh/m²/tahun), selain sistem solar fotovolta (PV) yang menyumbang kira-kira 0.26 peratus penggunaan tenaga boleh baharu.

Bangunan itu juga menggunakan 100 peratus kelengkapan cekap air serta dilengkapi sensor karbon monoksida (CO) di kawasan parkir bagi mengawal sistem pengudaraan mekanikal.

 
Back
Top
Log in Register