combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,151
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,151
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Foto kredit : APMM
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakar sejarah tersendiri apabila Leftenan Madya Maritim Nurul Alifa Alias muncul sebagai pegawai wanita pertama agensi itu yang menerima Sayap Penerbang.
Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) APMM Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejayaan itu dicapai selepas Nurul Alifa berjaya menamatkan latihan intensif juruterbang helikopter selama 20 bulan.
“Pencapaian ini membuktikan keupayaan APMM dalam melahirkan pakar penerbang sendiri tanpa bergantung kepada pegawai yang diserap masuk daripada agensi keselamatan lain.
“Ini juga satu lonjakan besar dalam memperkasa keupayaan dan keterangkuman warga Maritim Malaysia dalam operasi di udara termasuk kepada pegawai wanita,” katanya ketika hadir pada Majlis Tamat Latihan dan Pemakaian Sayap Penerbang Maritim Malaysia 2026 di Putrajaya.
Beliau berkata objektif utama latihan itu ialah melahirkan penerbang maritim yang bukan sahaja mahir mengendalikan pesawat tetapi juga kompeten dalam melaksanakan operasi penguatkuasaan dan menyelamat di laut yang semakin kompleks serta mencabar.
Saiful Lizan berkata Bahagian Operasi Udara APMM perlu memainkan peranan kritikal sebagai “mata di langit” dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan maritim negara.
“Keupayaan ini membolehkan APMM memperluas liputan pemantauan serta meningkatkan kadar kejayaan operasi, khususnya dalam misi Mencari dan Menyelamat, pembanterasan jenayah rentas sempadan dan pencerobohan nelayan asing,” katanya.
Beliau turut menyifatkan kejayaan Nurul Alifa sebagai pemangkin kepada penyertaan lebih ramai pegawai wanita dalam bidang operasi udara agensi itu pada masa hadapan.
Nurul Alifa adalah antara lapan pelatih Juruterbang Helikopter Siri 3/2024 yang melalui pelbagai fasa latihan termasuk ikhtiar hidup, underwater escape, latihan simulator dan penerbangan sebenar dengan rekod sehingga 155 jam.
Nurul Alifa Lakar Sejarah Pegawai Wanita Pertama APMM Terima Sayap Penerbang
APMM, sayap penerbangan, wanita pertama, Bahagian