BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Ibrahim Kerabat Diraja Pertama Terima Sayap Penerbangan TUDM Pada 1982

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

Sultan Ibrahim Kerabat Diraja Pertama Terima Sayap Penerbangan TUDM Pada 1982​

3a3fd212d19de910957ecdba5d55616f6a84737877e1b

--kredit FB Kesultanan Johor

Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Sultan Johor Sultan Ibrahim melakar sejarah sebagai kerabat diraja pertama menerima sayap penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 1982 selepas menamatkan latihan sebagai juruterbang helikopter.

Pencapaian itu diraih ketika Seri Paduka Baginda bergelar Tunku Mahkota Johor.

“Disebabkan kecekapan dan ketabahan yang luar biasa, Sultan Ibrahim dibenarkan menerbangkan helikopter secara solo tanpa jurulatih di dalam kokpit, hanya selepas empat jam latihan sahaja,” menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Johor.

Menurut hantaran itu, pencapaian berkenaan jarang berlaku dalam sejarah latihan penerbangan tentera negara memandangkan tempoh latihan sebelum seseorang pelatih dibenarkan terbang bersendirian lazimnya mengambil masa lebih panjang.

Kepantasan dan ketepatan Baginda menguasai kemahiran penerbangan turut membolehkan Sultan Ibrahim menamatkan latihan sebagai juruterbang satu kumpulan lebih awal berbanding rakan sekursus.

Perjalanan ketenteraan Baginda bermula selepas dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981 susulan pertabalan paduka ayahanda, Almarhum Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor.

Sebelum menyertai latihan penerbangan, Baginda menjalani latihan di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA) di Kota Tinggi, Johor sebagai komander platun sebelum dihantar ke Amerika Syarikat untuk mengikuti Kursus Pegawai Muda di Fort Benning, Georgia.

Baginda turut menjalani latihan lanjutan di Sekolah Peperangan Khas di Fort Bragg, North Carolina, dan sekembalinya ke Johor, Sultan Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Pegawai Pemerintah Askar Timbalan Setia Negeri (ATSN) Johor.

Seri Paduka Baginda kemudian mendaftar sebagai pelajar juruterbang helikopter TUDM dan menjalani latihan di PULATIBANG 2, Kluang pada 1982.

 
Back
Top
Log in Register