BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tengku Mahkota Pahang Catat Sejarah Kerabat Diraja Pertama Tamat Kursus Asas Penerbangan Helikopter TUDM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Tengku Mahkota Pahang Catat Sejarah Kerabat Diraja Pertama Tamat Kursus Asas Penerbangan Helikopter TUDM​

615c6465aea6ec18b2cfbc504b52bb766a8026ab026df

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Sayap Penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada paduka anakanda Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama 39 graduan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena Istiadat Perbarisan Pengurniaan Sayap Penerbangan di Kolej Tentera Udara DI Alor Setar.

Turut bersama Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Muhammad Norazlan Aris.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU), di sini.

Baginda merupakan antara 40 peserta yang menamatkan latihan dan menerima Sayap Penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang dikurniakan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, merangkap Kolonel Yang Dipertua TUDM, pada Istiadat Perbarisan Pengurniaan Sayap Penerbangan 2026 di Padang Kawad KTU, hari ini.

Selain Tengku Mahkota Pahang, sayap berkenaan turut dikurniakan kepada 39 pelatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), terdiri daripada 37 juruterbang muda dan dua jurusensor senjata-pejuang daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

Istiadat itu melibatkan pelatih daripada empat kursus penerbangan iaitu Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67(A)/26, Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67/25, Kursus Asas Penerbangan Siri 87/25 serta Kursus Asas Jurusensor Senjata-Pejuang Siri 01/25.

Tengku Mahkota Pahang mengikuti Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67(A)/26 dari 2 Jun hingga 31 Julai lepas menggunakan helikopter EC120B Colibri dan berjaya menyempurnakan serta lulus dengan cemerlang dalam beberapa penilaian penerbangan merangkumi Basic Handling Test (BHT), Instrument Flying Test (IFT), Final Navigation Test (FNT) dan Final Handling Test (FHT).

Dalam istiadat itu, turut berlangsung pengurniaan enam anugerah kepada pelatih terbaik berdasarkan pencapaian dalam aspek penerbangan, akademik, disiplin dan kepimpinan.

Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris berkata kejayaan Tengku Mahkota Pahang dan para pelatih lain menamatkan latihan merupakan hasil ketekunan, semangat juang, ketahanan mental serta disiplin tinggi yang diterapkan sepanjang latihan.

Beliau berkata di sebalik setiap kejayaan, terdapat ibu bapa dan ahli keluarga yang tidak pernah putus berdoa, selain memberikan dorongan dan semangat sepanjang para graduan menempuh latihan.

“Pengurniaan Sayap Penerbangan bukanlah penamat kepada sebuah perjalanan. Sebaliknya, ia merupakan permulaan kepada amanah dan tanggungjawab yang jauh lebih besar.

 
Back
Top
Log in Register