BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sultan Pahang, Kerabat Diraja Berkenan berbuka Puasa Bersama Rakyat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
73be5b2f8002299d6fd4517cc1b9b55a69b816686b51a


Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan kerabat diraja berkenan berbuka puasa bersama rakyat di Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 (MBK1), di sini hari ini.

Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan paduka anakanda baginda termasuk Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, Al-Sultan Abdullah turut berkenan menyantuni peniaga dan orang ramai yang berada di bazar Ramadan Mahkota Square yang terletak bersebelahan padang itu serta membeli juadah berbuka.

“Aktiviti berbuka puasa di padang bersama rakyat pada saban tahun adalah antara acara yang digemari baginda kerana ia menjadi ruang dan peluang untuk menyantuni rakyat,” menurut hantaran itu.

Orang ramai juga dilihat tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama baginda.

 
Back
Top
Log in Register