BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Projek Ladang Solar KLIA Aeropolis Perkukuh Peralihan Tenaga Negara - Fadillah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,697
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,697
Reaction score
97
Points
80
66643e74e93ad0411cd107ff33024865697af1b6c8d44

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berucap pada Majlis Peluncuran Ladang Solar Fotovoltaik Dan Sistem Penstoran Tenaga (BESS) Bagi Kegunaan Khusus Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Projek Ladang Solar Fotovoltaik dan Sistem Penstoran Tenaga Bateri (BESS) di KLIA Aeropolis bagi kegunaan khusus Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merupakan langkah penting dalam memastikan peralihan tenaga negara dilaksanakan secara praktikal, stabil dan berskala besar.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata inisiatif itu turut menyokong sasaran Malaysia untuk mencapai 70 peratus penggunaan tenaga boleh baharu menjelang 2050.

Beliau berkata sebagai hab pengangkutan utama negara dan pintu masuk ekonomi Malaysia, KLIA merupakan infrastruktur kritikal yang memerlukan bekalan tenaga yang stabil, selamat dan berkualiti tinggi bagi memastikan kelangsungan operasi berskala besar.

“Apabila siap sepenuhnya, projek ini dijangka menjana kira-kira 46 gigawatt-jam (GWj) tenaga elektrik hijau setahun untuk kegunaan KLIA.

“Dari segi impak alam sekitar, projek ini diunjurkan dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida sekitar 35,000 tan setahun, bersamaan pengurangan kira-kira 8,000 kenderaan di jalan raya,” katanya pada majlis perasmian Ladang Solar dan BESS, di sini hari ini.

Fadillah berkata inisiatif itu turut menjadikan KLIA sebagai sebuah lapangan terbang antarabangsa yang lebih kompetitif untuk mencapai kedudukan yang baik di dalam Akreditasi Karbon Lapangan Terbang (ACA).

Beliau berkata pelaksanaan projek di KLIA Aeropolis wajar dilihat sebagai projek strategik yang menyokong aspirasi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk mencapai sasaran campuran tenaga boleh baharu sebanyak 20 peratus menjelang 2030 dan pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, selari dengan Pelan Hala Tuju Penyahkarbonan Sifar Bersih MAHB.

“Projek ini menggambarkan pendekatan baharu dalam sektor tenaga, daripada sekadar menambah kapasiti penjanaan kepada pembinaan sistem tenaga yang lebih fleksibel, pintar dan berdaya tahan,” katanya.

Fadillah berkata beliau mengambil maklum bahawa sebuah syarikat tujuan khas (Special Purpose Vehicle – SPV), iaitu Cenergi Aeropolis Renewable Energy Sdn Bhd (CARE), telah ditubuhkan menerusi kerjasama strategik antara MAHB dan Cenergi SEA bagi mengurus pelaksanaan projek itu secara lebih tersusun dan berfokus.

 
Back
Top
Log in Register